Tuesday, November 7, 2017

Tambahkan +6 pada No.Hp Whataspp saya

Assalamualaikum.. :)
Untuk makluman anda, jika sekiranya anda tidak dapat whatsapp saya secara langsung semasa save no.hp saya, sila buat penambahan +6 di no.hp saya seperti ini ya.. +60174085409

atau anda boleh klik link ini terus untuk membuat pesanan produk pilihan anda.. :)

http://ProdukMakananJepun.wasap.my

Maafkan saya jika ada masalah kepada anda berkenaan no.hp saya.  Untuk memudahkan urusan, sila klik link itu terus ya.. :)

*Akan datang,  Kuih Mochi & Kuih Bulan Tradisional Cina (Mooncake) Halal akan dijual..boleh pos Semenanjung, Sabah & Sarawak.. :)

Friday, August 25, 2017

Notis Penghantaran Terakhir Sebelum Hari Raya Haji.

Assalamualaikum.. Berikut adalah notis penghantaran terakhir sebelum Hari Raya Haji ya.. Ada yang mahu buat pesanan sebelum tarikh terakhir? Boleh PM saya @ Whatsapp saya terus 0174085409 ya..
Terima kasih banyak.. :)

Wednesday, August 23, 2017

Popia Seaweed (Snack Rumpai Laut)




Assalamualaikum.. :)
Popia Seaweed (Snack Rumpai Laut) by Popia Kitchen.
Homemade |  100% Bumiputera

Rasakan keenakkan. Popia Seaweed Kami :
EXTRA Seaweed
Rangup & Super Sedap
Seaweed Berkualiti Tinggi

Harga :
Original RM18/sebalang (150gm)
Cheese RM20 /sebalang (150gm)

COD PERCUMA area Selayang & Batu Caves Sahaja.
COD Kawasan Luar Caj RM 5~ RM 10 bergantung pada lokasi.
Kami juga menyediakan penghantaran Seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak.. :)

Ada yang berminat? Boleh Whatsapp saya 0174085409 ya.. Terima kasih banyak.. :)

Wednesday, July 26, 2017

Produk Makanan Jepun Halal yang TERBARU ! ^__^


Assalamualaikum.. :)
Lama saya tak update page.. Maaf kerana kesibukan sedikit..maklumlah bulan lepas banyak pesta kebudayaan Bon Odori.. :3

Alhamdulillah.. Produk baru terkini di pasaran !
Ada yang berminat..? Bagi barangan Frozen, anda hanya perlu boleh membeli menerusi walk-in di Sungai Petani atau Shah Alam sahaja.. kepada yang mencari barangan Frozen seperti Ebiko dan lain-lain..boleh PM saya atau Whatsapp saya terus ya.. Mudah bagi anda untuk membeli direct dari kami.. :)

Bagi yang berada nun jauh di sana, anda boleh membeli beras Jepun, Udon, Soba untuk dibuat homemade sendiri..tiada masalah selepas ini..dan saya akan naikkan gambar-gambar yang lain serta resepi bagi permudahkan anda membuat masakan air tangan anda selalu.. ;)

Berminat? Pasti berminat, bukan..? Hehe.. PM saya atau Whatsapp saya terus ya 0174085409.. Terima kasih banyak.. ;)


Monday, July 3, 2017

Produk Makanan Jepun Halal yang kami ada ! ^__^


Assalamualaikum.. ^__^ Ini antara senarai lengkap produk yang kami ada sekarang ! ^__^ Sila lihat ya.. ^__^ Berminat? Terus PM @ Whatsapp 0174085409 ya.. ^__^

Sunday, July 2, 2017

Sushi Bazooka Pre-Oder !


Assalamualaikum.. :) Produk Terbaru PRE-Oder ! Sushi Bazooka ! Pernah lihat selalu di luar negara kan..? :) Kepada yang mencari, kami membuat Pre-Oder untuk anda ! Sekiranya berminat.. sila Whatsapp 0174085409 ya.. Tarikh terakhir pembayaran pada 10hb Julai 2017. Cepat Oder sebelum tutup ! ;)

Kami Beroperasi Seperti Biasa ! ^__^


Assalamualaikum.. ^__^
Kami akan beroperasi seperti biasa keesokan hari..kepada yang menunggu.. お待たせしました..maaf kerana buat anda menunggu.. T__T 
Untuk pesanan cepat, boleh Whatsapp 0174085409 ya.. terima kasih banyak.. ^__^

Saturday, July 1, 2017

Selamat Hari Raya semua !! ^__^



Assalamualaikum..Selamat Hari Raya semua !
Maaf Zahir & Batin ! :)
maaf lambat update kerana sibuk kebelakangan ini..dan pastinya produk terbaru & paling TERBAIK akan keluar lepas ini.. Jadi, saya akan beritahu pada anda semua selepas ini.. Nantikan ya.. ! ;)

Tuesday, June 13, 2017

Hari Terakhir Oder dan Hari Terakhir Penghantaran Poslaju ! :)



Assalamualaikum.. :) Esok adalah hari terakhir buat pesanan dan Hari Khamis pula Hari Terakhir Penghantaran Poslaju.. :)

Saturday, May 27, 2017

Penghantaran Poslaju Sempena Menyambut Ramadhan !



Assalamualaikum.. :)
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan semua.. :)
Untuk makluman kepada semua, penghantaran poslaju akan dibuat 1 minggu hanya 2 hari, iaitu Selasa & Khamis sahaja. Hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Mohon maaf kerana kesulitan..dan sekiranya ada pesanan, sila buat dengan lebih awal ya.. jangan urgent-urgent.. :')

Terima kasih banyak ya.. ! :)

Friday, May 5, 2017

Pan Takoyaki 16 Hole ! ^__^



Assalamualaikum.. :)

Barang Terbaru telah sampai !
Pan Takoyaki (menggunakan dapur gas)
Mempunyai 16 slot untuk memasak takoyaki anda tanpa masalah.. :)

Pan Takoyaki
Harga : RM 150 * Tak termasuk Poslaju Semenanjung/Sabah Sarawak
Material : Aluminium
Berat : 2kg
Waranti : Maaf tiada..tapi boleh pakai selalu dan tahan lama.. :)

Ada yang berminat..? Boleh PM saya @ Whatsapp saya 017 4085 409 ya.. Terima kasih banyak.. :)

Sunday, April 9, 2017

Isu Penghantaran Barang

Assalamualaikum..
Seperti yang sedia maklum, penghantaran yang rosak selepas sampai barang kepada anda melalui Pos****, City**** atau apa sahaja dari saya, kalau boleh terus beritahu saya dan jangan diamkan diri, kerana kami mahukan penghantaran barang dengan baik dan sempurna..sila jangan diamkan diri kerana kami mahu barang tu sampai dengan selamat dan boleh dimakan (jika membuat pesanan makanan). Jika barang yang disampai adalah rosak dari kotak, dan bahagian dalam mengalami masalah pertumpahan, bocor dan sebagainya, sila tangkap gambar dan terus Whatsapp saya 0174085409.. Kami akan bantu anda untuk gantirugi atau membuat aduan kepada bahagian postage berkenaan.. Sila beritahu saya terus untuk maklumkan masalah berikut. Saya mendengar masalah anda dan boleh selesaikan masalah dengan sebaik-baiknya..Kepada customer yang repeat oder dari saya selalu, terima kasih banyak..dan kalau ada apa-apa masalah, Whatsapp saya terus.
Kepada customer yang pertama kali membuat pesanan dan ada masalah selepas penghantaran, mohon maafkan saya kerana masalah yang dihadapi dari syarikat penghantaran tak cukup amanah dalam menjalankan tugas mereka dan tidak bertanggungjawab..dan saya akan selesaikan masalah anda dengan sebaiknya..
Saya harap kerjasama anda semua...kerana anda membayar dengan sejumlah wang, jadi saya perlu amanahkan penghantaran dan sampai barang anda dengan sempurna..
Terima kasih banyak. Dan sila maklumkan saya sekiranya ada masalah penghantaran..saya sedia mendengar masalah anda...

Monday, March 20, 2017

Testimoni Sup Miso ^__^


Testimoni Miso Soup..saya yang lihat gambar ini pun rasa nak hirup sup miso waktu-waktu hujan sekarang ni.. :)

*Set Miso
1x Miso Paste
1x Wakame
1x Dashi

Untuk penghantaran sekali Poslaju Semenanjung RM33
Untuk penghantaran sekali Poslaju Sabah RM38
Untuk penghantaran sekali Poslaju Sarawak RM36

Ada yang berminat..? Boleh PM saya @ Whatsapp 0174085409 sekarang ye.. Terima kasih.. :)

*Haa sedapnye...hahahha...

Tuesday, March 14, 2017

Process Mayo

Assalamualaikum.. :)
Lama tak update blog kan..?haha..sedikit sibuk sekarang nie..sambil bisnes online..sambil kerja hakiki dan sambil study..ginilah jadinya lambat update blog..Gomen ne ~~ T__T

Haa ni produk yang boleh memudahkan akak-akak, abang-abang yang selalu buat Frozen Product !



Bagi peniaga-peniaga yang membuat Produk Frozen, ini berita baik untuk semua !
Saya menyediakan Process Mayo bagi sesiapa yang membuat Produk Frozen seperti Pizza, Takoyaki dan lain-lain.. :)
Bagi sesiapa yang berminat..
boleh PM saya @ Whatsapp saya 0174085409 ya..
Terima kasih.. :)

Friday, February 24, 2017

Mahu Beli Banyak Dengan Kos Penghantaran Yang SUPER MURAH?


Assalamualaikum.. ! :)
Haa..ada berita baik.. :)
Kepada peminat Makanan Jepun Halal yang mahu buat pesanan yang banyak tetapi penghantaran dengan kos yang minima, boleh PM @ Whatsapp saya 0174085409 ya.. dari berat 3KG hingga 10KG, harga tetap RM24 (Semenanjung Malaysia) Sahaja.
Jimat banyak, bukan? :)
Berminat mahu buat pesanan dengan banyak..? Sila PM saya @ Whatsapp saya 0174085409 sekarang.. :)
Terima kasih banyak.. ^_^



Tuesday, February 14, 2017

Resepi Okonomiyaki ** Ia seperti Lempeng atau Pizza Jepun


Bahan-bahan
Tepung gandum 150 gram
Yamaimo 150 gram diparut 
** Jika tiada Yamaimo, boleh diganti Tauhu Jepun
Dashi 8 gram
Telur 3 biji
Baking powder 1 sudu teh
Garam 1/2 sudu teh
Air 200ml
300 gram kobis potong nipis
Tenkasu (optional)
Udang/Sotong/Tuna dalam tin (Nak letak cheese pun boleh, tapi paling sedap letak udang atau tuna .. Memang sedap!!)

Minyak secukupnya untuk membakar

Topping
Kewpie Mayonis
Aonori
Sos Okonomiyaki *Sos takoyaki pun boleh
Bonito flakes (katsuo bushi)

Cara membuat

Bancuhan tepung sebelum masuk sayur.
Campurkan tepung, garam, dashi dan baking powder. Campurkan pula telur, air dan yamaimo (ganti tauhu Jepun kalau tiada Yamaimo) yang telah diparut(untuk Yamaimo) / dikisar (untuk Tauhu Jepun). 

Gaulkan sebati. Akhir sekali masukkan tenkasu, kobis dan udang. Biarkan dalam 10-15 minit sebelum di bakar atas pan. Masa nak masak tu, buat macam buat lempeng, tapi jangan penyekkan sebatian atas pan tu supaya hasilnya gebu dan lembut.

Terbalikkan bila sebelah dah masak. Bila dah masak kedua belah, angkat dan letakkan topping ikut turutan yang disukai.. Saya suka letak sos > aonori > bonito flakes > mayonis. Mudah kan? :)

*Bila pakai Tauhu Jepun, tekstur rasa akan lari sikit. Tapi, Insya-allah sedap.  :)

* * * * * *

Bagi yang mencari bahan-bahan untuk membuat Okonomiyaki, boleh buat pesanan dari saya..

Produk untuk buat Okonomiyaki yang ada dari saya ialah :

Dashi
Kewpie Mayonis
Aonori
Sos takoyaki
Bonito flakes

Tak sabar untuk buat dari rumah? Boleh cuba 'homemade' dari rumah terus dan makan berkali-kali.. :)

Boleh Whatsapp saya terus 017 4085 409.. Terima kasih banyak.. :)

Monday, February 13, 2017

Resepi Kimbap (Resepi Makanan Korea Seakan Makanan Jepun)


Resepi Kimbap

1 paket kepingan seaweed
1 1/2 cawan beras
1 bungkus crab meat
1 biji timun - dihiris memanjang
3 biji telur - digoreng dan dihiris memanjang
Sedikit garam dan gula
Sedikit cuka
Mayonis
Bahan kicap : Kicap, kiub ikan bilis, gula

Cara-cara
1. Masak nasi seperti biasa. Setelah masak, sejukkan.

2. Gaul nasi yang telah sejuk dengan sedikit garam, gula, ajinomoto dan cuka untuk beri sedikit rasa masin, manis dan masam pada nasi.

3. Sediakan semua bahan-bahan : crab meat, hirisan timun, telur dan mayonis

4. Bentangkan seaweed. Spread nasi di atasnya (jangan banyak sangat nasi).

5. Sapukan mayonis NIPIS dan rata di atas nasi.

6. Kemudian susunkan pula crab meat, hirisan timun dan telur di atasnya. Jika suka, boleh tambah/ganti dengan tuna, carrot dan lain-lain.

7. Gulungkan kepingan seaweed yg berisi bahan-bahan itu tadi

8. Potongkan pendek2 dan hidangkan.

9. Untuk kicap; rebuskan 1/2 cawan air bersama kiub ikan bilis hingga mendidih. Tambahkan 1 sudu besar gula dan kicap. Masak hingga sedikit pekat.

Bagi yang mencari Nori/Seaweed untuk membuat Kimbap ini, anda boleh oder dari saya. Boleh PM page ini atau Whatsapp 017 4085 409.. :)

Harga Seaweed : RM 38 (50 pcs seaweed) *Termasuk Poslaju

Ada yang berminat? Boleh PM saya atau Whatsapp 017 4085 409.. Terima kasih.. :)

Friday, February 3, 2017

Resepi Makizushi atau Sushi Gulung



Resepi Makizushi @ Sushi Gulung

BAHAN-BAHAN
1/2 kg beras jepun              
Cuka (untuk sushi)
3 biji telur
1 batang timun
Salad
Udang
5 helai seaweed
Mayonis
Bamboo mat

Note: isi dalam boleh diganti dengan tuna, ikan salmon dan lain-lain mengikut citarasa masing-masing.

CARA-CARA

Masak beras jepun seperti masak nasi biasa.

Bila dah masak, masukkan nasi ke dalam bekas besar dan tuangkan cuka sushi ke atas nasi. Kacau nasi dengan cuka rata, biarkan nasi sejuk.

Udang direbus dan dibuang kulitnya.

Telur dipukul sekejap dengan sudu dan goreng dengan sedikit minyak. Bila dah masak, potong telur panjang-panjang.

Buang sedikit kedua-dua belah hujung timun. Potong memanjang. salad dibersih dan potong besar-besar(sehelai salad potong dua.)

Ambil sehelai seaweed, letakkan di atas bamboo mat. Senduk nasi dan ratakan nasi ke semua bahagian seaweed tersebut.

Kemudian letakkan sehelai lettuce diatas nasi. Diikuti telur, timun, dan udang. Akhir sekali masukkan mayonis.

Gulung makizushi tersebut padat-padat.

Potong makizushi seperti gambar di atas. Siap utk dihidang.

*** Jika tiada cuka Jepun boleh guna cuka biasa. Sukatannya ialah, 1 1/2 sudu besar cuka + 1 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam. Didihkan sekejap hingga gula hancur, sejukkan dan gaul dengan nasi sushi.

**** Untuk yang mencari Seaweed/Nori, Sushi Vinegar (cuka untuk buat sushi), Mayonis, serta Shoyu boleh dapatkan dari saya, PM page ini @ WhatsApp saya 017 4085 409 ye.. Terima kasih banyak... :)


*Gambar sekadar hiasan.

Sunday, January 29, 2017

Set Takoyaki ^__^



Assalamualaikum.. :)
Seperti maklum.. ini ialah Pakej Takoyaki yang lengkap untuk anda membuat sendiri di rumah.. :)

Berminat untuk cuba di rumah pertama kali..? boleh ambil pakej yang saya sediakan ini.. Terima kasih.. :)

*Untuk Semenanjung Malaysia
*Harga update terkini adalah RM56

Bagi yang mahu homemade, boleh try pakej ini. Sekali buat boleh dapat 50-60 biji Takoyaki. Jimat dan puas ! hehe...

Boleh WhatsApp saya terus 017 4085 409 ya.. Terima kasih.. :)



Resepi Takoyaki

Anda boleh cuba resepi ini nanti ya. dan pastikan kena ada pan untuk buat takoyaki..kalau takde tak boleh membentuk bulat camtu.. Tapi ada yang best, bila takde acuan bulat tu, boleh pulak jadi cucurnye..haha..

Pan Takoyaki 12 Bulatan

Pan Takoyaki (menggunakan dapur gas)
mempunyai 12 slot untuk memasak takoyaki anda tanpa masalah.. :)

Pan Takoyaki
Harga : RM 90 termasuk Poslaju Semenanjung
Harga : RM 100 termasuk Poslaju Sabah/Sarawak
Material : Aluminium
Berat : 500 gram
Waranti : Maaf tiada..

p/s : sebenarnya, membuat takoyaki menggunakan dapur gas adalah mudah dan senang serta boleh dipakai sampai bila-bila daripada menggunakan Pan Takoyaki yang elektrik, kerana kita sendiri tak tahu bila akan rosak sekiranya kita perlu untuk menggunakannya walaupun ia mahal dan pelbagai guna (Takoyaki/Okonomiyaki), Jadi maaf, saya tak berani menjual Pan Takoyaki elektrik tersebut.. :')

Ada yang berminat? Sila WhatsApp saya terus ya : 017 4085 409
Terima kasih banyak.. ^__^






Instant Miso Soup


Halal Instant Miso Soup

Rasanya seakan sama seperti Restoran TERKENAL ! 
Sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana. Hanya perlu bancuh dalam air panas sahaja. Sesuai untuk dibawa ketika melancong..dan sesuai bagi anak-anak yang sukakan Miso Soup.. Haa.. kalau tak mahu bawa anak pergi kerap ke Restoran Sushi King disebabkan mahu Miso Sup, boleh ambil paket ni..dan makan di rumah..Jimat masa dan kos.. ^__^

Halal dan berkhasiat.. :)

Harga : RM2.50

Berminat untuk mencuba? PM atau Whatsapp 017 4085 409 sekarang.. :)

KEWPIE Mayonnaise

 
                                                           KEWPIE Mayonnaise Japanese Style
                                                           Repack : 170g RM6


                                                           KEWPIE Mayonnaise Mild Type
                                                           Repack : 170g RM6

Ada yang berminat..? Bagi yang mahu buat sushi dan makanan yang lain, boleh try.. Harga tak termasuk poslaju ye.. ^__^

Boleh WhatsApp terus 017 4085 409 ya.. Terima kasih.. ^__^


Tahukah Anda? Kelebihan Mengambil Matcha Green Tea






Tahukah Anda? Tips Produk Mirin.. ^__^





Mirin banyak digunakan dalam masakan Jepun Teriyaki, dalam sup untuk mi soba atau udon, chawan mushi dan banyak lagi.

Mirin dibuat daripada beras. Cara pembuatannya adalah sama dengan pembuatan sake (rice wine). Bezanya adalah kandungan gula (glukos) di dalam mirin lebih tinggi, manakala kandungan alkohol dalamnya lebih rendah. Kandungan alkohol di dalam mirin adalah mencecah 14%. Oleh itu ianya haram dimakan (atau diminum).

Kini terdapat mirin halal iaitu, aji mirin atau mirin fuu choumiryou. Bagaimana pun, sekiranya tidak dapat menemukannya, anda boleh menggantikannya dengan bahan lain. Walau pun tidak 100% sama, ianya lebih menjimatkan dan yang paling penting halal.

Pengganti untuk mirin dalam resepi masakan Jepun (panduan bagi 1 sudu besar mirin)
(1) 1 sudu besar cuka beras dan 1/2 sudu kecil gula. Cuka lain pun boleh, tapi katanya cuka beras paling mendekati rasa mirin. Bagaimana pun ada juga yang tidak bersetuju dengan penggunaan cuka bagi menggantikan mirin. Oleh itu, boleh gunakan kaedah kedua.

Atau

(2) 1 sudu besar jus epal atau jus anggur dan 1/2 sudu kecil gula.



Saturday, January 28, 2017

Tahukah Anda?





Mirin banyak digunakan dalam masakan Jepun Teriyaki, dalam sup untuk mi soba atau udon, chawan mushi dan banyak lagi.

Mirin dibuat daripada beras. Cara pembuatannya adalah sama dengan pembuatan sake (rice wine). Bezanya adalah kandungan gula (glukos) di dalam mirin lebih tinggi, manakala kandungan alkohol dalamnya lebih rendah. Kandungan alkohol di dalam mirin adalah mencecah 14%. Oleh itu ianya haram dimakan (atau diminum).

Kini terdapat mirin halal iaitu, aji mirin atau mirin fuu choumiryou. Bagaimana pun, sekiranya tidak dapat menemukannya, anda boleh menggantikannya dengan bahan lain. Walau pun tidak 100% sama, ianya lebih menjimatkan dan yang paling penting halal.

Pengganti untuk mirin dalam resepi masakan Jepun (panduan bagi 1 sudu besar mirin)
(1) 1 sudu besar cuka beras dan 1/2 sudu kecil gula. Cuka lain pun boleh, tapi katanya cuka beras paling mendekati rasa mirin. Bagaimana pun ada juga yang tidak bersetuju dengan penggunaan cuka bagi menggantikan mirin. Oleh itu, boleh gunakan kaedah kedua.

Atau

(2) 1 sudu besar jus epal atau jus anggur dan 1/2 sudu kecil gula.

Resepi Agedashi Tofu




Agedashi tofu ni kalau makan di restoran harga semangkuk boleh cecah RM12. Kalau buat sendiri, boleh makan bermangkuk-mangkuk sampai puas. Jimat.

Nak buatnya pun bukanlah perlukan teknik memasak yang beria ria.. Hanya ikut resepi.

Buat sosnya dulu.
1 cawan dashi
2 sudu besar shoyu
2 sudu kecil gula dilarutkan dlm 2 sudu besar air

Masukkan semua bahan ke dalam periuk & masak sampai mendidih. Tutup api dan ketepikan

Tauhu goreng
Tauhu lembut

4 sudu besar tepung jagung atau tepung kentang
Minyak untuk menggoreng

Tauhu lembut ni saya pilih tauhu steam yang lebih "firm" dan mudah dikeluarkan. Letakkan di atas tuala yang bersih atau 3-4 lapis tisu dapur. Letak piring atas tauhu supaya air dari dalam tauhu dikeluarkan. Tukar tisu dapur jika perlu. Lebih kurang 15minit.

Potong tauhu yang dah ditoskan airnya ikut saiz yang disukai. Kemudian sapukan tepung ke semua permukaan tauhu. Panaskan minyak dan goreng secara tenggelam (deep fry).

Goreng hingga warnanya agak kekuningan. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk.

Siramkan sos yang telah dimasak tadi. Taburkan daun bawang, bonito flakes dan parutan lobak putih.

Sedia untuk dimakan.
Kos membuatnya.. Tak sampai RM5 pun tau. Beli sebotol shoyu 330ml dengan kami. Boleh makan sampai jemu.. haha..

Wasabi Powder




Wasabi powder
Hanya tambah air. Nisbah air kepada serbuk wasabi adalah 2:1. Satu sudu wasabi+2 sudu air. Inilah hasilnya.

RM4 untuk 40gram

Pink Gari




Pink Gari
Halia jeruk yang biasa dimakan bersama sushi.
Lepas ni, buat sushi sendiri dah ada halia jeruk untuk "cuci" mulut.. Hehehe..

*Halal certified product
RM12 (500gm) tidak termasuk poslaju
Whatsapp 0174085409

Ada Peminat Matcha Green Tea? ^__^

Assalamualaikum.. hai ~~ ^__^

Ada ke yang minat minuman Teh Hijau dari Jepun..?
Bagi yang mahu kesihatan yang baik, cergas serta awet muda boleh amalkan Green Tea Jepun ini. Ia dari Shizuoka, Jepun.


✔ Dari Shizuoka yang terkenal dengan kesedapan teh hijaunya
✔ Grade yang berkualiti tinggi. Sesuai digunakan untuk membuat matcha latte atau untuk membuat pencuci mulut seperti kek, aiskrim dan sebagainya.
✔ Oleh kerana kualitinya yang tinggi, ianya kurang pahit. Kalau nak tahu, sencha yang biasa kita minum tu kualiti paling bawah. Teh hijau berkualiti tinggi kurang pahit dan lebih umami.
✔ Penuh kebaikan katakan. Haa.. Nak awet muda macam minah Jepun, amalkan minum teh hijau ya..


Matcha powder ni sangat halus. Jadi membancuhnya kena guna air panas, tapi tak boleh terlalu panas. 50-60 darjah celcius gitu. Mengacaunya ada teknik tertentu. Tapi kalau tak ada pengacau buluh tu, boleh gunakan pemukul telur kecik tu. Kacau asal sebati.. :)

Nak buat matcha latte kurang manis, cukup dengan tambahkan susu segar pada matcha tea.

*Gambar di atas adalah REPACK.


Matcha powder ini sesuai digunakan untuk membuat pelbagai jenis minuman, pencuci mulut dan kuih serta kek berasaskan teh hijau.
*Pilihan matcha kami dari Shizuoka.

Packing 
30gm RM 18
100gm RM 50

Tak termasuk poslaju..
Berminat? PM @ Whatsapp 0174085409.. :)

Berapa Banyak Miso Paste Dalam 1 Bekas Mangkuk Sup?


Bagi yang tertanya-tanya :

(1) Berapa sukatan untuk menyediakan miso soup?

1 Mangkuk Miso Soup dengan 240ml air menggunakan satu sudu besar miso paste.
Kadang sukatan adalah seperti gambar di atas.

(2) Berapa bilangan mangkuk yang boleh disediakan dengan 400gram Miso Paste?

1 Sudu besar adalah kira-kira 20gram miso paste. Oleh itu, 400gram miso paste boleh menyediakan 20 mangkuk sup miso.

Bagi yang suka "Homemade" untuk berjimat serta tak perlu ke Sushi King, boleh cuba buat di rumah terus. Dan kami akan sediakan resepi miso sup untuk rujukan anda.. ^__^

Harga Pakej Miso adalah RM33 untuk Semenanjung Malaysia.

pakej termasuk Miso Paste, Wakame serta Dashi.

Ada yang berminat..? Boleh WhatsApp saya terus 017 4085 409 ya.. Terima kasih banyak.. ^__^

Group Facebook Produk Makanan Jepun Halal

Assalamualaikum.. :)
Lama betul saya tak update..haha..sebab terlupa emel dan password..ini pun nasib baik ingatan kejap ingat kejap lupa..haha..kalau tak..blog nie sunyi sepi je.. wuu ~ T_T

Haa..nak beritahu..Ini group support dalam Facebook untuk keep in touch selalu.. senang nanti nak tengok update produk dan lain-lain.. boleh join group dan klik ini ini ya.. ^__^

https://www.facebook.com/groups/ProdukMakananHalalJepunTerusDariMalaysia/

boleh jumpa terus di sana ya.. Doumo Arigatou Gozaimasu ! (^__^)