Sunday, January 29, 2017

Tahukah Anda? Tips Produk Mirin.. ^__^





Mirin banyak digunakan dalam masakan Jepun Teriyaki, dalam sup untuk mi soba atau udon, chawan mushi dan banyak lagi.

Mirin dibuat daripada beras. Cara pembuatannya adalah sama dengan pembuatan sake (rice wine). Bezanya adalah kandungan gula (glukos) di dalam mirin lebih tinggi, manakala kandungan alkohol dalamnya lebih rendah. Kandungan alkohol di dalam mirin adalah mencecah 14%. Oleh itu ianya haram dimakan (atau diminum).

Kini terdapat mirin halal iaitu, aji mirin atau mirin fuu choumiryou. Bagaimana pun, sekiranya tidak dapat menemukannya, anda boleh menggantikannya dengan bahan lain. Walau pun tidak 100% sama, ianya lebih menjimatkan dan yang paling penting halal.

Pengganti untuk mirin dalam resepi masakan Jepun (panduan bagi 1 sudu besar mirin)
(1) 1 sudu besar cuka beras dan 1/2 sudu kecil gula. Cuka lain pun boleh, tapi katanya cuka beras paling mendekati rasa mirin. Bagaimana pun ada juga yang tidak bersetuju dengan penggunaan cuka bagi menggantikan mirin. Oleh itu, boleh gunakan kaedah kedua.

Atau

(2) 1 sudu besar jus epal atau jus anggur dan 1/2 sudu kecil gula.



No comments:

Post a Comment