Sunday, October 2, 2016

Penggunaan Alkohol, Mirin, & Osake Dalam Makanan Jepun

Assalamualaikum..ini adalah info yang umum.. Sila ambil perhatian ya.. ! 

Alkohol
Asasnya alkohol dalam kebanyakan bahan makanan Jepun adalah yang terhasil ketika proses pemeraman seperti kicap (shoyu) dan miso. Bagaimana pun ada sesetengah pengeluar memasukkan ethyl alcohol ke dalam produk mereka sebagai bahan pengawet. Lihat label bagi memastikan tiada alkohol disenaraikan. 

Mirin
Mirin adalah sejenis arak yang dibuat daripada beras. Rasanya manis. Dikatakan bahawa, suatu ketika dahulu ketika harga gula agak mahal dan sukar didapati, mirin mula digunakan di dalam masakan sebagai penggantinya. Oleh kerana kandungan alkoholnya yang tinggi iaitu 14%, makanan yang mengandungi mirin adalah haram dimakan. 

Mirin banyak digunakan ketika penghasilan sos yang manis, contohnya adalah sos seperti teriyaki dan tentsuyu. Ada juga yang menggunakan mirin bagi membuat sushi, tapi di Malaysia kebanyakan chef tidak menambahkan mirin atau sake dalam pembuatan sushi. 

Kini terdapat mirin fu choumiryou iaitu mirin yang tidak mengandungi alkohol (halal) di pasaran boleh digunakan sebagai pengganti hon-mirin.

Osake
Osake juga adalah sejenis arak yang dibuat daripada beras, tetapi kandungan arak yang lebih tinggi berbanding mirin iaitu 20%. Manakala kandungan gula lebih rendah dari mirin. Osake juga banyak digunakan dalam masakan. Ianya dikatakan dapat membantu melembutkan daging, menghilangkan bau hanyir ikan atau daging dan juga untuk mereneh (nikujyaga).

🍢 Mirin boleh digantikan dengan satu sudu besar air dan 1 sudu kecil gula.
🍢 Osake boleh diabaikan tanpa perlu diganti.

Sos Teriyaki


Sos teriyaki rasanya agak manis. Sangat banyak cara menggunakannya selain daripada buat chicken teriyaki. Malah, boleh juga buat marinate buah nanas dan kemudian di grill..
Aduhaii.. Sedapnya...

Tapi...

Hati-hati bila makan makanan yang menggunakan sos teriyaki kerana, asalnya sos teriyaki mengandungi mirin. Oleh itu, ianya haram dimakan oleh seorang muslim. Yang di bawah ni halal tau..

Sos teriyaki 330ml RM 15 tak termasuk Poslaju taw..
Berminat WhatsApp 017 4085 409 sekarang yaa  ! ^__^ 

Wakame



Assalamualaikum.. !

Ni haa Wakame kering yang selalu dimasak dalam bentuk Sup Miso..bentuknya seperti seakan asam keping kan..?tapi ia berbeza rasanya.. ^__^

Wakame kering.

Biasa dimasukkan dalam sup miso atau dijadikan salad yang enak.. ^__^
PM @ Whatsapp 0174085409 utk pesanan sekarang.. ^__^ 

Sijil Halal Jepun Berkenaan Miso Paste



Assalamualaikum.. :)

Masih ada yang ragu-ragu dengan status halal Miso Paste yang kami jual.

Untuk pengetahuan, Miso Paste yang kami jual adalah jenama pertama Miso yang mendapat pengiktirafan halal NPO, Halal Association iaitu sebuah badan Halal Jepun yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ini adalah bukti Sijil Halal yang dikeluarkan. Tarikh tamat tempohnya adalah sehingga Dec2016.

Jadi boleh hirup Miso Soup tanpa was-was ya.. ^__^

*kredit : ourkizuna





Resepi Sup Miso


Resepi Sup Miso

Bahan bahan
Pes Miso 2 sudu besar
Air 2 cawan (180ml)
Cendawan Shimeji
Dashi 1 sudu kecil
Wakame secukupnya
Daun bawang dihiris halus

Cara membuatnya
Panaskan air. Masukkan Cendawan Shimeji dan Dashi. Tutup api bila mendidih. Masukkan pes Miso (boleh ditambah kalau sukakan rasa miso yang pekat). Taburkan Wakame dan daun bawang sebelum menghidang.

:: wakame akan kembang lebih kurang 1-2minit.
Sangat enak dimakan ketika masih panas.. :)

1 set Miso Pes+Dashi+Wakame Semenanjung RM33
1 set Miso Pes+Dashi+Wakame Sabah/Sarawak RM45

PM atau Whatsapp 0174085409 sekarang. :)

Resepi Teriyaki Ayam


Resepi Teriyaki Ayam

Beberapa ketul ayam bahagian isi 
(lagi sedap guna isi bahagian peha atau kepak)

Parutkan satu inci halia
Beberapa sudu sos teriyaki

Cara membuatnya
(1) Bersihkan ayam, cucuk dengan garfu sikit. Gaulkan dengan halia yang diparut dan sos teriyaki. Perap beberapa jam
(2) Panaskan minyak dengan api sederhana. Masukkan ayam dengan bahagian kulit ke bawah. Masak sehingga permukaan bawah berwarna keperangan
(3) Terbalikkan dan masak dengan keadaan bertutup selama beberapa minit.
(4) Buka dan sapukan baki sos ke permukaan ayam. Kalau guna berus pun elok. Biarkan beberapa ketika. Dan boleh diangkat dan hidangkan.

Sos teriyaki 330ml RM 15 

Sebarang pesanan atau pertanyaan boleh pm atau Whatsapp ke 0174085409.. :)

Cara Membuat Sushi


Cara Membuat Sushi

Nasi sushi digaul dengan sejenis cuka khas yang dibuat daripada beras. Ada banyak perbincangan tentang nasi sushi. Terdapat juga keraguan tentang sama ada sushi yang biasa dijual di restoran makanan Jepun di Malaysia adalah halal atau tidak. 

Menurut sumber yang boleh dipercayai, sushi yang dihidangkan di kebanyakan restoran tidak menggunakan mirin. Sebatian yang digunakan adalah campuran cuka beras, garam dan gula. 
Bagaimana pun kalau terasa ragu-ragu boleh bertanya kepada dapur mereka.

Campuran untuk beras sushi ada dua jenis. Biasanya ditulis sebagai cuka beras atau sushi seasoning. Yang ditulis seasoning biasanya dah boleh terus digunakan. Campuran seasoning ni biasanya ada mirin, iaitu alkohol yang haram dimakan. 

Manakala cuka beras, perlu ditambah gula dan garam sebelum digunakan. Ini adalah halal. Sebab semua jenis cuka adalah difatwakan sebagai halal. Boleh tengok senarai bahan yang digunakan untuk kepastian.

Sushi 
Campuran cuka untuk sushi (3cawan beras)
80ml cuka beras (Rice vinegar)
3 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil garam

Masak semua campuran ini sehingga gula larut, iaitu lebih kurang 1 minit. Kalau tak rajin nak masak, boleh gaul sahaja. Kacau sampai gula dan garamnya larut.

Cara membuat nasi sushi

(1) Keluarkan nasi dari dalam periuk dan masukkan ke dalam satu besen yang yang agak besar. Tujuannya adalah untuk memecahkan ketulan nasi agar ianya sejuk lebih cepat.

(2) Tuangkan campuran cuka ke dalam nasi yang telah dipecah-pecahkan. Gunakan senduk untuk membuat garisan bersudut 45 darjah pada nasi dan terbalikkan nasi dengan berhati-hati.

(3) Lakukan berulang kali sehingga campuran nasi dan cuka sebati dan nasi menjadi suam.

(4) Nasi ini boleh dikepal untuk membuat nigiri sushi, California roll, maki zushi (sushi gulung), inari atau pun chirashizushi.

Ini adalah resepi umum untuk membuat nasi sushi. Ada juga yang gunakan kombinasi garam dan gula yang sedikit berbeza bergantung pada topping bahan yang digunakan. 

Sebagai contoh, untuk chirashizushi, ada yang mencadangkan agar dilebihkan sedikit gula. Manakala, untuk nigiri sushi yang meletakkan ikan mentah, jgn terlalu manis. Selamat mencuba~!

Saturday, October 1, 2016

Resepi Tamagoyaki


Resepi Tamagoyaki

*Ini sebenarnya telur dadar yang digulung berlapis lapis.

Bahan-bahan

3 biji telur
4 sudu besar air+setengah sudu teh dashi
2 sudu besar gula
1 sudu besar kicap shoyu
Secubit garam

Cara membuatnya

Pecahkan telur dan kacau supaya telur kuning dan putih bercampur. Tapi jangan sampai berbuih.
Dalam bekas lain, campurkan bahan yang selebihnya dan kacau sehingga gula larut.

Campurkan kedua-dua bahan tersebut.

Sapu permukaan kuali non-stick dengan minyak. Kalau boleh gunakan kuali 4 empat segi supaya mudah dibentuk dan digulung.

Tuangkan sebahagian sebatian telur ke dalam kuali. Mula menggulung apabila ianya sudah mula masak. Gulung sehingga habis. Ketepikan.

Friday, September 30, 2016

Resepi Agedashi Tofu.. Simple tapi MENARIK !! ^_^




Hai..Assalamualaikum..ada yang masih tercari-cari resepi yang super simple tapi sedap? Ini saya sertakan gambar cara buat dan resepi..kalau sedap..cite taw..xsedap pun cite gak.. :')

Resepi Agedashi Tofu ((ζšγ’ε‡Ίγ—θ±†θ…)

Ini kegemaran saya.. Buatnya pun tidak susah.. ^_^

Tauhu lembut dipotong 8, ditoskan dan lap kering dengan paper towel. Goreng dlm minyak 170-180 darjah sehingga keperangan.

Sos
1cawan air
1 sudu kecil serbuk dashi
2 sudu besar kicap shoyu
2 sudu besar gula
Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan didihkan.

Cara menghidang

Masukkan tauhu ke dalam mangkuk dan siramkan sosnya. Tabur daun bawang dan sedikit Katsuobushi (Bonito Flakes).
Enak dimakan ketika panas..

Simple kan? Tapi sedap dimakan masa hujan dan masa-masa sejuk di sekeliling.. ^__^

Tips Berhati-Hati Dengan Produk Makanan Jepun (1)


Tahukah Anda?

Sesetengah produk di pasar raya akan mencampurkan produk makanan jepun halal dan tidak halal.. Sekiranya anda telah membaca artikel ini..Sila hati-hati bila membeli barang makanan Jepun.. Perhatikan bahan-bahan yang digunakan. Sila lihat label ini. Ianya mengandungi extract ayam yang tidak halal serta khinz!r.

Bagaimanapun, di luar kawalan mereka yang sesetengah berfikiran terbuka..ianya akan terjadi masalah sebegini dan akan diletakkan dikalangan barang lain yang halal juga.. Sila berhati-hati ya..

Caye tak..??


Tahukah Anda?


Percaya atau tidak, kos menyediakan semangkuk Miso Soup yang sangat sedap ini tidak sampai 50sen..murah giler kan..? Hehe...Tapi itulah kenyataan.. ^__^

Teringin nak masak Miso Soup sendiri, tapi tak pasti bahan apa nak digunakan atau dimana mahu dapatkan..?

Kami menjual miso paste berstatus Halal dan bahan-bahan makanan Jepun yang lain. PM atau whatsap 0174085409 hari ini. Pengeposan ke seluruh negara.. Siap Pakej lagi tau !





Kami ada Pakej buat Sup Miso..rasa seakan sama seperti di restoran terkenal.. ! ^__^

Miso paste 400g RM 10
Dashi 50g RM 6
Wakame 40g RM 8

Untuk Semenanjung Malaysia sekali Poslaju harganya RM 30..
Untuk Sabah Sarawak pula sekali Poslaju harganya RM 34...

Sementara stok masih ada..jangan lepaskan peluang ya !!! ^__^

Jimat dengan package ini. Boleh buat sehingga 20 kali Miso Soup. Rasanya sangat sedap dan mudah disediakan~!

Bonito Flakes


Bonito Flakes


Kami panggil ia sebagai 'kulit bawang'.. Biasanya ia ditaburkan di atas takoyaki atau okonomiyaki. Ia juga digunakan untuk membuat Dashi untuk kegunaan dalam Masakan Jepun.

Bonito Flakes dibuat dari ikan tuna yang dikukus dan dikeringkan. Setelah kering, ianya diketam untuk menghasilkan Flakes yang nipis ini...walaupun nipis gini..tapi sedap je makan gitew..hehe..

Wednesday, September 28, 2016

Alhamdulillah ~~~




























Alhamdulillah...Semakin banyak produk Halal di Jepun sekarang.. Harap di Malaysia begitu juga.. ^__^

Peminat Makanan Jepun Halal? Saya seperti anda juga ~! ^__^


MAKANAN JEPUN HALAL


Assalamualaikum.. :)
Mahu buat Sup Miso..?
Tercari-cari tepung dan bahan-bahan lain untuk buat Takoyaki..?
Kami mempunyai produk tersebut serta produk Halal Jepun yang lain... :)
PM atau Whatsapp 0174085409 sekarang sementara stok masih ada.. :)