Sunday, October 2, 2016

Cara Membuat Sushi


Cara Membuat Sushi

Nasi sushi digaul dengan sejenis cuka khas yang dibuat daripada beras. Ada banyak perbincangan tentang nasi sushi. Terdapat juga keraguan tentang sama ada sushi yang biasa dijual di restoran makanan Jepun di Malaysia adalah halal atau tidak. 

Menurut sumber yang boleh dipercayai, sushi yang dihidangkan di kebanyakan restoran tidak menggunakan mirin. Sebatian yang digunakan adalah campuran cuka beras, garam dan gula. 
Bagaimana pun kalau terasa ragu-ragu boleh bertanya kepada dapur mereka.

Campuran untuk beras sushi ada dua jenis. Biasanya ditulis sebagai cuka beras atau sushi seasoning. Yang ditulis seasoning biasanya dah boleh terus digunakan. Campuran seasoning ni biasanya ada mirin, iaitu alkohol yang haram dimakan. 

Manakala cuka beras, perlu ditambah gula dan garam sebelum digunakan. Ini adalah halal. Sebab semua jenis cuka adalah difatwakan sebagai halal. Boleh tengok senarai bahan yang digunakan untuk kepastian.

Sushi 
Campuran cuka untuk sushi (3cawan beras)
80ml cuka beras (Rice vinegar)
3 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil garam

Masak semua campuran ini sehingga gula larut, iaitu lebih kurang 1 minit. Kalau tak rajin nak masak, boleh gaul sahaja. Kacau sampai gula dan garamnya larut.

Cara membuat nasi sushi

(1) Keluarkan nasi dari dalam periuk dan masukkan ke dalam satu besen yang yang agak besar. Tujuannya adalah untuk memecahkan ketulan nasi agar ianya sejuk lebih cepat.

(2) Tuangkan campuran cuka ke dalam nasi yang telah dipecah-pecahkan. Gunakan senduk untuk membuat garisan bersudut 45 darjah pada nasi dan terbalikkan nasi dengan berhati-hati.

(3) Lakukan berulang kali sehingga campuran nasi dan cuka sebati dan nasi menjadi suam.

(4) Nasi ini boleh dikepal untuk membuat nigiri sushi, California roll, maki zushi (sushi gulung), inari atau pun chirashizushi.

Ini adalah resepi umum untuk membuat nasi sushi. Ada juga yang gunakan kombinasi garam dan gula yang sedikit berbeza bergantung pada topping bahan yang digunakan. 

Sebagai contoh, untuk chirashizushi, ada yang mencadangkan agar dilebihkan sedikit gula. Manakala, untuk nigiri sushi yang meletakkan ikan mentah, jgn terlalu manis. Selamat mencuba~!

No comments:

Post a Comment