Sunday, October 2, 2016

Penggunaan Alkohol, Mirin, & Osake Dalam Makanan Jepun

Assalamualaikum..ini adalah info yang umum.. Sila ambil perhatian ya.. ! 

Alkohol
Asasnya alkohol dalam kebanyakan bahan makanan Jepun adalah yang terhasil ketika proses pemeraman seperti kicap (shoyu) dan miso. Bagaimana pun ada sesetengah pengeluar memasukkan ethyl alcohol ke dalam produk mereka sebagai bahan pengawet. Lihat label bagi memastikan tiada alkohol disenaraikan. 

Mirin
Mirin adalah sejenis arak yang dibuat daripada beras. Rasanya manis. Dikatakan bahawa, suatu ketika dahulu ketika harga gula agak mahal dan sukar didapati, mirin mula digunakan di dalam masakan sebagai penggantinya. Oleh kerana kandungan alkoholnya yang tinggi iaitu 14%, makanan yang mengandungi mirin adalah haram dimakan. 

Mirin banyak digunakan ketika penghasilan sos yang manis, contohnya adalah sos seperti teriyaki dan tentsuyu. Ada juga yang menggunakan mirin bagi membuat sushi, tapi di Malaysia kebanyakan chef tidak menambahkan mirin atau sake dalam pembuatan sushi. 

Kini terdapat mirin fu choumiryou iaitu mirin yang tidak mengandungi alkohol (halal) di pasaran boleh digunakan sebagai pengganti hon-mirin.

Osake
Osake juga adalah sejenis arak yang dibuat daripada beras, tetapi kandungan arak yang lebih tinggi berbanding mirin iaitu 20%. Manakala kandungan gula lebih rendah dari mirin. Osake juga banyak digunakan dalam masakan. Ianya dikatakan dapat membantu melembutkan daging, menghilangkan bau hanyir ikan atau daging dan juga untuk mereneh (nikujyaga).

🍶 Mirin boleh digantikan dengan satu sudu besar air dan 1 sudu kecil gula.
🍶 Osake boleh diabaikan tanpa perlu diganti.

No comments:

Post a Comment