Friday, February 24, 2017

Mahu Beli Banyak Dengan Kos Penghantaran Yang SUPER MURAH?


Assalamualaikum.. ! :)
Haa..ada berita baik.. :)
Kepada peminat Makanan Jepun Halal yang mahu buat pesanan yang banyak tetapi penghantaran dengan kos yang minima, boleh PM @ Whatsapp saya 0174085409 ya.. dari berat 3KG hingga 10KG, harga tetap RM24 (Semenanjung Malaysia) Sahaja.
Jimat banyak, bukan? :)
Berminat mahu buat pesanan dengan banyak..? Sila PM saya @ Whatsapp saya 0174085409 sekarang.. :)
Terima kasih banyak.. ^_^



Tuesday, February 14, 2017

Resepi Okonomiyaki ** Ia seperti Lempeng atau Pizza Jepun


Bahan-bahan
Tepung gandum 150 gram
Yamaimo 150 gram diparut 
** Jika tiada Yamaimo, boleh diganti Tauhu Jepun
Dashi 8 gram
Telur 3 biji
Baking powder 1 sudu teh
Garam 1/2 sudu teh
Air 200ml
300 gram kobis potong nipis
Tenkasu (optional)
Udang/Sotong/Tuna dalam tin (Nak letak cheese pun boleh, tapi paling sedap letak udang atau tuna .. Memang sedap!!)

Minyak secukupnya untuk membakar

Topping
Kewpie Mayonis
Aonori
Sos Okonomiyaki *Sos takoyaki pun boleh
Bonito flakes (katsuo bushi)

Cara membuat

Bancuhan tepung sebelum masuk sayur.
Campurkan tepung, garam, dashi dan baking powder. Campurkan pula telur, air dan yamaimo (ganti tauhu Jepun kalau tiada Yamaimo) yang telah diparut(untuk Yamaimo) / dikisar (untuk Tauhu Jepun). 

Gaulkan sebati. Akhir sekali masukkan tenkasu, kobis dan udang. Biarkan dalam 10-15 minit sebelum di bakar atas pan. Masa nak masak tu, buat macam buat lempeng, tapi jangan penyekkan sebatian atas pan tu supaya hasilnya gebu dan lembut.

Terbalikkan bila sebelah dah masak. Bila dah masak kedua belah, angkat dan letakkan topping ikut turutan yang disukai.. Saya suka letak sos > aonori > bonito flakes > mayonis. Mudah kan? :)

*Bila pakai Tauhu Jepun, tekstur rasa akan lari sikit. Tapi, Insya-allah sedap.  :)

* * * * * *

Bagi yang mencari bahan-bahan untuk membuat Okonomiyaki, boleh buat pesanan dari saya..

Produk untuk buat Okonomiyaki yang ada dari saya ialah :

Dashi
Kewpie Mayonis
Aonori
Sos takoyaki
Bonito flakes

Tak sabar untuk buat dari rumah? Boleh cuba 'homemade' dari rumah terus dan makan berkali-kali.. :)

Boleh Whatsapp saya terus 017 4085 409.. Terima kasih banyak.. :)

Monday, February 13, 2017

Resepi Kimbap (Resepi Makanan Korea Seakan Makanan Jepun)


Resepi Kimbap

1 paket kepingan seaweed
1 1/2 cawan beras
1 bungkus crab meat
1 biji timun - dihiris memanjang
3 biji telur - digoreng dan dihiris memanjang
Sedikit garam dan gula
Sedikit cuka
Mayonis
Bahan kicap : Kicap, kiub ikan bilis, gula

Cara-cara
1. Masak nasi seperti biasa. Setelah masak, sejukkan.

2. Gaul nasi yang telah sejuk dengan sedikit garam, gula, ajinomoto dan cuka untuk beri sedikit rasa masin, manis dan masam pada nasi.

3. Sediakan semua bahan-bahan : crab meat, hirisan timun, telur dan mayonis

4. Bentangkan seaweed. Spread nasi di atasnya (jangan banyak sangat nasi).

5. Sapukan mayonis NIPIS dan rata di atas nasi.

6. Kemudian susunkan pula crab meat, hirisan timun dan telur di atasnya. Jika suka, boleh tambah/ganti dengan tuna, carrot dan lain-lain.

7. Gulungkan kepingan seaweed yg berisi bahan-bahan itu tadi

8. Potongkan pendek2 dan hidangkan.

9. Untuk kicap; rebuskan 1/2 cawan air bersama kiub ikan bilis hingga mendidih. Tambahkan 1 sudu besar gula dan kicap. Masak hingga sedikit pekat.

Bagi yang mencari Nori/Seaweed untuk membuat Kimbap ini, anda boleh oder dari saya. Boleh PM page ini atau Whatsapp 017 4085 409.. :)

Harga Seaweed : RM 38 (50 pcs seaweed) *Termasuk Poslaju

Ada yang berminat? Boleh PM saya atau Whatsapp 017 4085 409.. Terima kasih.. :)

Friday, February 3, 2017

Resepi Makizushi atau Sushi Gulung



Resepi Makizushi @ Sushi Gulung

BAHAN-BAHAN
1/2 kg beras jepun              
Cuka (untuk sushi)
3 biji telur
1 batang timun
Salad
Udang
5 helai seaweed
Mayonis
Bamboo mat

Note: isi dalam boleh diganti dengan tuna, ikan salmon dan lain-lain mengikut citarasa masing-masing.

CARA-CARA

Masak beras jepun seperti masak nasi biasa.

Bila dah masak, masukkan nasi ke dalam bekas besar dan tuangkan cuka sushi ke atas nasi. Kacau nasi dengan cuka rata, biarkan nasi sejuk.

Udang direbus dan dibuang kulitnya.

Telur dipukul sekejap dengan sudu dan goreng dengan sedikit minyak. Bila dah masak, potong telur panjang-panjang.

Buang sedikit kedua-dua belah hujung timun. Potong memanjang. salad dibersih dan potong besar-besar(sehelai salad potong dua.)

Ambil sehelai seaweed, letakkan di atas bamboo mat. Senduk nasi dan ratakan nasi ke semua bahagian seaweed tersebut.

Kemudian letakkan sehelai lettuce diatas nasi. Diikuti telur, timun, dan udang. Akhir sekali masukkan mayonis.

Gulung makizushi tersebut padat-padat.

Potong makizushi seperti gambar di atas. Siap utk dihidang.

*** Jika tiada cuka Jepun boleh guna cuka biasa. Sukatannya ialah, 1 1/2 sudu besar cuka + 1 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam. Didihkan sekejap hingga gula hancur, sejukkan dan gaul dengan nasi sushi.

**** Untuk yang mencari Seaweed/Nori, Sushi Vinegar (cuka untuk buat sushi), Mayonis, serta Shoyu boleh dapatkan dari saya, PM page ini @ WhatsApp saya 017 4085 409 ye.. Terima kasih banyak... :)


*Gambar sekadar hiasan.