Sunday, January 29, 2017

Set Takoyaki ^__^

Assalamualaikum.. :)
Seperti maklum.. ini ialah Pakej Takoyaki yang lengkap untuk anda membuat sendiri di rumah.. :)

Berminat untuk cuba di rumah pertama kali..? boleh ambil pakej yang saya sediakan ini.. Terima kasih.. :)

*Untuk Semenanjung Malaysia
*Harga update terkini adalah RM56

Bagi yang mahu homemade, boleh try pakej ini. Sekali buat boleh dapat 50-60 biji Takoyaki. Jimat dan puas ! hehe...

Boleh WhatsApp saya terus 017 4085 409 ya.. Terima kasih.. :)

Resepi Takoyaki

Anda boleh cuba resepi ini nanti ya. dan pastikan kena ada pan untuk buat takoyaki..kalau takde tak boleh membentuk bulat camtu.. Tapi ada yang best, bila takde acuan bulat tu, boleh pulak jadi cucurnye..haha..

Pan Takoyaki 12 Bulatan

Pan Takoyaki (menggunakan dapur gas)
mempunyai 12 slot untuk memasak takoyaki anda tanpa masalah.. :)

Pan Takoyaki
Harga : RM 90 termasuk Poslaju Semenanjung
Harga : RM 100 termasuk Poslaju Sabah/Sarawak
Material : Aluminium
Berat : 500 gram
Waranti : Maaf tiada..

p/s : sebenarnya, membuat takoyaki menggunakan dapur gas adalah mudah dan senang serta boleh dipakai sampai bila-bila daripada menggunakan Pan Takoyaki yang elektrik, kerana kita sendiri tak tahu bila akan rosak sekiranya kita perlu untuk menggunakannya walaupun ia mahal dan pelbagai guna (Takoyaki/Okonomiyaki), Jadi maaf, saya tak berani menjual Pan Takoyaki elektrik tersebut.. :')

Ada yang berminat? Sila WhatsApp saya terus ya : 017 4085 409
Terima kasih banyak.. ^__^

Instant Miso Soup

Halal Instant Miso Soup

Rasanya seakan sama seperti Restoran TERKENAL ! 
Sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana. Hanya perlu bancuh dalam air panas sahaja. Sesuai untuk dibawa ketika melancong..dan sesuai bagi anak-anak yang sukakan Miso Soup.. Haa.. kalau tak mahu bawa anak pergi kerap ke Restoran Sushi King disebabkan mahu Miso Sup, boleh ambil paket ni..dan makan di rumah..Jimat masa dan kos.. ^__^

Halal dan berkhasiat.. :)

Harga : RM2.50

Berminat untuk mencuba? PM atau Whatsapp 017 4085 409 sekarang.. :)

KEWPIE Mayonnaise

                                                           KEWPIE Mayonnaise Japanese Style
                                                           Repack : 170g RM6

                                                           KEWPIE Mayonnaise Mild Type
                                                           Repack : 170g RM6

Ada yang berminat..? Bagi yang mahu buat sushi dan makanan yang lain, boleh try.. Harga tak termasuk poslaju ye.. ^__^

Boleh WhatsApp terus 017 4085 409 ya.. Terima kasih.. ^__^

Tahukah Anda? Kelebihan Mengambil Matcha Green Tea

Tahukah Anda? Tips Produk Mirin.. ^__^

Mirin banyak digunakan dalam masakan Jepun Teriyaki, dalam sup untuk mi soba atau udon, chawan mushi dan banyak lagi.

Mirin dibuat daripada beras. Cara pembuatannya adalah sama dengan pembuatan sake (rice wine). Bezanya adalah kandungan gula (glukos) di dalam mirin lebih tinggi, manakala kandungan alkohol dalamnya lebih rendah. Kandungan alkohol di dalam mirin adalah mencecah 14%. Oleh itu ianya haram dimakan (atau diminum).

Kini terdapat mirin halal iaitu, aji mirin atau mirin fuu choumiryou. Bagaimana pun, sekiranya tidak dapat menemukannya, anda boleh menggantikannya dengan bahan lain. Walau pun tidak 100% sama, ianya lebih menjimatkan dan yang paling penting halal.

Pengganti untuk mirin dalam resepi masakan Jepun (panduan bagi 1 sudu besar mirin)
(1) 1 sudu besar cuka beras dan 1/2 sudu kecil gula. Cuka lain pun boleh, tapi katanya cuka beras paling mendekati rasa mirin. Bagaimana pun ada juga yang tidak bersetuju dengan penggunaan cuka bagi menggantikan mirin. Oleh itu, boleh gunakan kaedah kedua.

Atau

(2) 1 sudu besar jus epal atau jus anggur dan 1/2 sudu kecil gula.

Saturday, January 28, 2017

Tahukah Anda?

Resepi Agedashi Tofu

Agedashi tofu ni kalau makan di restoran harga semangkuk boleh cecah RM12. Kalau buat sendiri, boleh makan bermangkuk-mangkuk sampai puas. Jimat.

Nak buatnya pun bukanlah perlukan teknik memasak yang beria ria.. Hanya ikut resepi.

Buat sosnya dulu.
1 cawan dashi
2 sudu besar shoyu
2 sudu kecil gula dilarutkan dlm 2 sudu besar air

Masukkan semua bahan ke dalam periuk & masak sampai mendidih. Tutup api dan ketepikan

Tauhu goreng
Tauhu lembut

4 sudu besar tepung jagung atau tepung kentang
Minyak untuk menggoreng

Tauhu lembut ni saya pilih tauhu steam yang lebih "firm" dan mudah dikeluarkan. Letakkan di atas tuala yang bersih atau 3-4 lapis tisu dapur. Letak piring atas tauhu supaya air dari dalam tauhu dikeluarkan. Tukar tisu dapur jika perlu. Lebih kurang 15minit.

Potong tauhu yang dah ditoskan airnya ikut saiz yang disukai. Kemudian sapukan tepung ke semua permukaan tauhu. Panaskan minyak dan goreng secara tenggelam (deep fry).

Goreng hingga warnanya agak kekuningan. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk.

Siramkan sos yang telah dimasak tadi. Taburkan daun bawang, bonito flakes dan parutan lobak putih.

Sedia untuk dimakan.
Kos membuatnya.. Tak sampai RM5 pun tau. Beli sebotol shoyu 330ml dengan kami. Boleh makan sampai jemu.. haha..