Saturday, May 27, 2017

Penghantaran Poslaju Sempena Menyambut Ramadhan !



Assalamualaikum.. :)
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan semua.. :)
Untuk makluman kepada semua, penghantaran poslaju akan dibuat 1 minggu hanya 2 hari, iaitu Selasa & Khamis sahaja. Hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Mohon maaf kerana kesulitan..dan sekiranya ada pesanan, sila buat dengan lebih awal ya.. jangan urgent-urgent.. :')

Terima kasih banyak ya.. ! :)

Friday, May 5, 2017

Pan Takoyaki 16 Hole ! ^__^



Assalamualaikum.. :)

Barang Terbaru telah sampai !
Pan Takoyaki (menggunakan dapur gas)
Mempunyai 16 slot untuk memasak takoyaki anda tanpa masalah.. :)

Pan Takoyaki
Harga : RM 150 * Tak termasuk Poslaju Semenanjung/Sabah Sarawak
Material : Aluminium
Berat : 2kg
Waranti : Maaf tiada..tapi boleh pakai selalu dan tahan lama.. :)

Ada yang berminat..? Boleh PM saya @ Whatsapp saya 017 4085 409 ya.. Terima kasih banyak.. :)

Sunday, April 9, 2017

Isu Penghantaran Barang

Assalamualaikum..
Seperti yang sedia maklum, penghantaran yang rosak selepas sampai barang kepada anda melalui Pos****, City**** atau apa sahaja dari saya, kalau boleh terus beritahu saya dan jangan diamkan diri, kerana kami mahukan penghantaran barang dengan baik dan sempurna..sila jangan diamkan diri kerana kami mahu barang tu sampai dengan selamat dan boleh dimakan (jika membuat pesanan makanan). Jika barang yang disampai adalah rosak dari kotak, dan bahagian dalam mengalami masalah pertumpahan, bocor dan sebagainya, sila tangkap gambar dan terus Whatsapp saya 0174085409.. Kami akan bantu anda untuk gantirugi atau membuat aduan kepada bahagian postage berkenaan.. Sila beritahu saya terus untuk maklumkan masalah berikut. Saya mendengar masalah anda dan boleh selesaikan masalah dengan sebaik-baiknya..Kepada customer yang repeat oder dari saya selalu, terima kasih banyak..dan kalau ada apa-apa masalah, Whatsapp saya terus.
Kepada customer yang pertama kali membuat pesanan dan ada masalah selepas penghantaran, mohon maafkan saya kerana masalah yang dihadapi dari syarikat penghantaran tak cukup amanah dalam menjalankan tugas mereka dan tidak bertanggungjawab..dan saya akan selesaikan masalah anda dengan sebaiknya..
Saya harap kerjasama anda semua...kerana anda membayar dengan sejumlah wang, jadi saya perlu amanahkan penghantaran dan sampai barang anda dengan sempurna..
Terima kasih banyak. Dan sila maklumkan saya sekiranya ada masalah penghantaran..saya sedia mendengar masalah anda...

Monday, March 20, 2017

Testimoni Sup Miso ^__^


Testimoni Miso Soup..saya yang lihat gambar ini pun rasa nak hirup sup miso waktu-waktu hujan sekarang ni.. :)

*Set Miso
1x Miso Paste
1x Wakame
1x Dashi

Untuk penghantaran sekali Poslaju Semenanjung RM33
Untuk penghantaran sekali Poslaju Sabah RM38
Untuk penghantaran sekali Poslaju Sarawak RM36

Ada yang berminat..? Boleh PM saya @ Whatsapp 0174085409 sekarang ye.. Terima kasih.. :)

*Haa sedapnye...hahahha...

Tuesday, March 14, 2017

Process Mayo

Assalamualaikum.. :)
Lama tak update blog kan..?haha..sedikit sibuk sekarang nie..sambil bisnes online..sambil kerja hakiki dan sambil study..ginilah jadinya lambat update blog..Gomen ne ~~ T__T

Haa ni produk yang boleh memudahkan akak-akak, abang-abang yang selalu buat Frozen Product !



Bagi peniaga-peniaga yang membuat Produk Frozen, ini berita baik untuk semua !
Saya menyediakan Process Mayo bagi sesiapa yang membuat Produk Frozen seperti Pizza, Takoyaki dan lain-lain.. :)
Bagi sesiapa yang berminat..
boleh PM saya @ Whatsapp saya 0174085409 ya..
Terima kasih.. :)

Friday, February 24, 2017

Mahu Beli Banyak Dengan Kos Penghantaran Yang SUPER MURAH?


Assalamualaikum.. ! :)
Haa..ada berita baik.. :)
Kepada peminat Makanan Jepun Halal yang mahu buat pesanan yang banyak tetapi penghantaran dengan kos yang minima, boleh PM @ Whatsapp saya 0174085409 ya.. dari berat 3KG hingga 10KG, harga tetap RM24 (Semenanjung Malaysia) Sahaja.
Jimat banyak, bukan? :)
Berminat mahu buat pesanan dengan banyak..? Sila PM saya @ Whatsapp saya 0174085409 sekarang.. :)
Terima kasih banyak.. ^_^



Tuesday, February 14, 2017

Resepi Okonomiyaki ** Ia seperti Lempeng atau Pizza Jepun


Bahan-bahan
Tepung gandum 150 gram
Yamaimo 150 gram diparut 
** Jika tiada Yamaimo, boleh diganti Tauhu Jepun
Dashi 8 gram
Telur 3 biji
Baking powder 1 sudu teh
Garam 1/2 sudu teh
Air 200ml
300 gram kobis potong nipis
Tenkasu (optional)
Udang/Sotong/Tuna dalam tin (Nak letak cheese pun boleh, tapi paling sedap letak udang atau tuna .. Memang sedap!!)

Minyak secukupnya untuk membakar

Topping
Kewpie Mayonis
Aonori
Sos Okonomiyaki *Sos takoyaki pun boleh
Bonito flakes (katsuo bushi)

Cara membuat

Bancuhan tepung sebelum masuk sayur.
Campurkan tepung, garam, dashi dan baking powder. Campurkan pula telur, air dan yamaimo (ganti tauhu Jepun kalau tiada Yamaimo) yang telah diparut(untuk Yamaimo) / dikisar (untuk Tauhu Jepun). 

Gaulkan sebati. Akhir sekali masukkan tenkasu, kobis dan udang. Biarkan dalam 10-15 minit sebelum di bakar atas pan. Masa nak masak tu, buat macam buat lempeng, tapi jangan penyekkan sebatian atas pan tu supaya hasilnya gebu dan lembut.

Terbalikkan bila sebelah dah masak. Bila dah masak kedua belah, angkat dan letakkan topping ikut turutan yang disukai.. Saya suka letak sos > aonori > bonito flakes > mayonis. Mudah kan? :)

*Bila pakai Tauhu Jepun, tekstur rasa akan lari sikit. Tapi, Insya-allah sedap.  :)

* * * * * *

Bagi yang mencari bahan-bahan untuk membuat Okonomiyaki, boleh buat pesanan dari saya..

Produk untuk buat Okonomiyaki yang ada dari saya ialah :

Dashi
Kewpie Mayonis
Aonori
Sos takoyaki
Bonito flakes

Tak sabar untuk buat dari rumah? Boleh cuba 'homemade' dari rumah terus dan makan berkali-kali.. :)

Boleh Whatsapp saya terus 017 4085 409.. Terima kasih banyak.. :)